Home Koronavirus 434,301 sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19

434,301 sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19

0
434,301 sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam (Khamis).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 671,589 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 1,105,890.

Menerusi satu infografik dikongsikan di laman Twitter rasminya pada Jumaat, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 93,829 diikuti Kuala Lumpur (73,266), Sarawak (67,427), Johor (63,295) dan Sabah (55,734).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor melibatkan 61,662 diikuti Perak (48,607), Sabah (42,972), Kuala Lumpur (37,962) dan Pahang (33,080).

Jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 & pendaftaran setakat 15 April 2021

Fasa 1 (Feb – April)

671,589 telah terima dos pertama. Daripada jumlah itu, 434,301 telah terima dos kedua.

Pendaftaran: 8,834,823

Daftar di:

1. MySejahtera

2. https://t.co/jWUzMEwwWM

3. Tel 1800888828 pic.twitter.com/9ikmS8Ger9

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) April 16, 2021

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam adalah sebanyak 8,834,823 atau 36.40 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi membabitkan 2,333,514 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitkan 9.4 juta penerima terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas, pesakit penyakit kronik dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara adalah 1.17 setakat semalam (Khamis) berbanding 1.14 sehari sebelumnya.

Berdasarkan infografik dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Terengganu kekal mencatat Rt tertinggi dengan 1.49 berbanding 1.30 sebelumnya manakala Pulau Pinang kekal merekodkan Rt terendah dengan 0.89. – Bernama

Kadar kebolehjangkitan #COVID19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 April 2021 untuk seluruh negara terus meningkat kepada 1.17.

Mengikut negeri, Terengganu tertinggi 1.49, Kelantan 1.35 dan Putrajaya1.26.#KitaJagaKita pic.twitter.com/8sHbkTiU17

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 16, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here