Home Koronavirus 429 kes baharu Covid-19, tiada kematian

429 kes baharu Covid-19, tiada kematian

0
429 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 429 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini kekal sebanyak 36,859 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 11,696 kes dengan 11,084 atau 94.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 581 pesakit Covid-19 masih menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 31 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 21 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 500 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,979,668 kes.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here