Home Koronavirus 42 pelajar, 11 guru positif Covid-19 di Negeri Sembilan

42 pelajar, 11 guru positif Covid-19 di Negeri Sembilan

0
42 pelajar, 11 guru positif Covid-19 di Negeri Sembilan

SEREMBAN – Seramai 42 pelajar dan 11 guru di Negeri Sembilan disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 22 April hingga Selasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia melibatkan penutupan di 26 buah sekolah menengah dan rendah.

“Ini satu perkembangan yang kurang menarik dan perlu dilihat sebagai perkara yang serius kerana ia jumlah yang agak besar,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Menurutnya, perkara itu perlu dijadikan sebagai satu amaran kepada masyarakat supaya lebih sensitif menjaga kesihatan diri serta anak-anak.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan dan pengurusan sekolah juga diharap dapat memberi lebih kelonggaran kepada guru yang tidak sihat untuk tidak hadir ke sekolah.

“Kalau setakat demam biasa jika pada hari biasa, guru-guru ini tetap akan pergi ke sekolah kerana komitmen mereka tetapi dalam keadaan pandemik ini saya harap mereka diberi ruang,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sekolah di daerah Seremban, Aminuddin berkata, ia masih belum dibincangkan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tumpuan awam seperti pasar, bazar Ramadan, masjid dan surau diperketatkan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan sebanyak 13 lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup selama dua hari susulan penularan pandemik Covid-19.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, 12 buah sekolah diarah tutup bermula pada Rabu dan sebuah sekolah pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here