Home Koronavirus 4,071 kes baharu Covid-19, 7 kematian direkod

4,071 kes baharu Covid-19, 7 kematian direkod

0
4,071 kes baharu Covid-19, 7 kematian direkod
4,071 kes baharu Covid-19 pada Khamis. – Foto 123rf

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 4,071 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan dua daripadanya merupakan kes import menjadikan keseluruhan kes aktif sebanyak 42,476 kes.

Portal CovidNow melaporkan sebanyak 96.1 peratus atau 40,826 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah manakala 27 kes lagi berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 1,542 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dengan 81 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh yang direkodkan pada Khamis adalah sebanyak 3,289 menjadikan kumulatif berkenaan adalah sebanyak 4,670,400.

Dalam pada itu, negara juga turut merekodkan tujuh kematian terbaharu dengan satu daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here