Home Koronavirus 4,000 penerima vaksin dos penggalak serbu PPV Bukit Jalil

4,000 penerima vaksin dos penggalak serbu PPV Bukit Jalil

0
4,000 penerima vaksin dos penggalak serbu PPV Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Pembukaan hari pertama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Arena Axiata Bukit Jalil di sini berjalan lancar apabila lebih 4,000 orang hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak Covid-19.

Pengurus PPV Arena Axiata Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi berkata, jumlah itu dijangka meningkat berikutan PPV berkenaan boleh menampung hingga 8,000 orang dalam sehari.

“PPV ini akan dibuka selama dua bulan sehingga Mac ini namun dalam tempoh ia akan ditutup selama tiga hari pada cuti Thaipusam dan Tahun Baharu Cina,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, terdapat kira-kira 350 sukarelawan bertugas di PPV itu setiap hari dan ke semuanya telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

Difahamkan sukarelawan terdiri daripada anggota Rela, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Belia dan Sukan untuk HCO A dan juga HCO B.

“PPV ini dibuka bermula jam 8 pagi hingga 9 malam dan antara kemudahan yang disediakan di sini termasuk laluan khas dan kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) dan juga warga emas.

Kata Fadhli lagi, jika berlaku kompilasi ataupun kes kecemasan yang lain terdapat ruangan khas untuk rawatan yang dikendalikan oleh seorang doktor.

“PPV ini memberikan suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) sebagai dos penggalak,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian di PPV berkenaan mendapati rata-rata orang ramai yang ditemui berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan diberikan oleh petugas dan doktor.

Bagi Nuraisha Sim, 39, tempat letak kereta yang luas memudahkan urusan mereka yang ingin ke PPV tersebut.

“Tak buang masa sebab ‘parking’ banyak, masuk sahaja terus dapat, patut PPV yang bagus tidak ditutup seperti sebelum ini, “ katanya yang tinggal di Cheras.

Warga Bangladesh, Mohd Shah Alam, 38, berkata kemudahan yang diberikan di PPV berkenaan teratur dan memudahkan warga asing sepertinya.

“Petugas semua peramah dan amat membantu syukur saya boleh bekerja dan mendapatkan vaksin di negara ini,” katanya.

Bagi Norazlia Zulkifli Chia, 39, berasa amat selesa ketika pertama kali menjejakkan kaki ke PPV berkenaan.

“Ada pendingin hawa sepenuhnya, tidak sesak dan setiap ‘check point’ teratur,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here