Home Koronavirus 40 penduduk Seri Kembangan maut akibat Covid-19

40 penduduk Seri Kembangan maut akibat Covid-19

40 penduduk Seri Kembangan maut akibat Covid-19

SERDANG – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa agar mengadakan program saringan Covid-19 secara besar-besaran di kawasan Seri Kembangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, saringan itu perlu dilakukan berdasarkan maklumat bahawa seramai 40 penduduk di sekitar Seri Kembangan telah meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Menurutnya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan KKM harus mengambil langkah proaktif untuk mengekang penularan wabak tersebut sebelum ia menjadi lebih serius di kawasan berkenaan.

Katanya, kegagalan Menteri Kesihatan itu untuk bersama mengalas tanggungjawab untuk melindungi orang ramai di barisan hadapan menggambarkan kepincangan beliau sebagai seorang menteri.

“Kawalan wabak Covid-19 merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan KKM, khususnya Menteri Kesihatan. Beliau sepatutnya berada di barisan hadapan dan menjaga keselamatan rakyat. Malangnya, kita tidak nampak beliau sedang memimpin KKM dan muka beliau pun jarang muncul di media.

“Saya berpendapat beliau tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, ini dapat kita nilai melalui kawalan terhadap wabak Covid-19 yang masih gagal dan juga perancangan yang lemah berkenaan kapasiti hospital serta ambulans,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Ean Yong, beliau dan pusat khidmatnya di Seri Kembangan sering menggerakkan pasukan sukarelawan untuk kerja-kerja desinfeksi setelah mereka terus menerima laporan kes positif Covid-19 pada setiap hari di sini.

“Pusat khidmat saya masih terima laporan kes positif setiap hari. Pasukan sukarelawan juga mengadakan operasi disinfeksi di tapak yang berkaitan. Kami risau sekiranya KKM tidak mengambil langkah proaktif dengan segera, maka wabak Covid-19 akan bertambah serius di Seri Kembangan,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here