Home Koronavirus 375,842 dos suntikan vaksin diberikan pada Rabu

375,842 dos suntikan vaksin diberikan pada Rabu

0
375,842 dos suntikan vaksin diberikan pada Rabu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 375,842 dos suntikan vaksin telah diberikan pada Rabu menjadikan ia jumlah tertinggi diberi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 168,047 adalah dos kedua.

Dr Adham turut memberitahu lima negeri tertinggi yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam ialah Selangor dengan 80,609 orang, disusuli Sarawak (72,971), Kuala Lumpur (55,952), Negeri Sembilan (22,869) dan Johor (22,861). – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 7 Julai 2021 ialah 10,036,361 dos.

375,842 dos pada 7 Julai, yang tertinggi setakat ini.

Jumlah yg terima dos pertama ialah 6,999,554 orang. Daripada jumlah itu, 3,036,807 orang juga terima dos kedua. pic.twitter.com/eJOpbn570G

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 8, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here