Home Koronavirus 368 warga emas, pesakit terlantar terima vaksin di rumah

368 warga emas, pesakit terlantar terima vaksin di rumah

0
368 warga emas, pesakit terlantar terima vaksin di rumah

TAMPIN- Seramai 368 warga emas termasuk pesakit yang terlantar menerima vaksin Covid-19 di rumah masing-masing menerusi Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di daerah ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S.Veerapan berkata, Program Outreach ini adalah bagi memastikan tiada lapisan masyarakat di negara kita tercicir bagi mendapatkan vaksinasi Covid-19, selain bertujuan untuk membentuk imuniti kelompok secepat mungkin.

“Jumlah yang tertinggi penerimaan vaksin diberikan melalui Program Outreach adalah di Balai Raya Desa Permai iaitu seramai 101 orang pada 15 Julai lepas.

“Pasukan Vaksinasi Bergerak ini terdiri daripada seorang pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan serta sukarelawan bagi memberikan vaksin secara bergerak ini”, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah turut menegaskan pasukan pemberian vaksin ini tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti yang digariskan selain penerima juga melalui proses pemerhatian selepas selesai divaksin antara 15 hingga 30 minit.

Tambahnya, program itu diteruskan ke kawasan Gugusan Felda Bukit Rokan, Bukit Rokan Utara, Felda Bukit Jalur, gugusan Felda Jelai, Kampung Orang Asli dan lain-lain.

Menurut Veerapan lagi kesemua warga emas yang menetap di Pusat Aktiviti Warga Emas(Pawe), Bangunan Warga Emas Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan, Bangunan Warga Emas Klinik Kesihatan Jelai, Balai Raya Kampung Tengah Gemencheh, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tampin, PDK Gemas, PDK Pasir Besar, PDK Jelai, Tampin, Gemas, Air Kuning Selatan dan Gemencheh telah menerima vaksin menerusi kaedah pemberian vaksin secarabergerak dari rumah ke rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here