Home Koronavirus 3,516 kes baharu Covid-19, 15 kematian direkod

3,516 kes baharu Covid-19, 15 kematian direkod

3,516 kes baharu Covid-19, 15 kematian direkod
Sebanyak 3,429 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan enam daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 3,516 kes baharu Covid-19 pada Rabu dengan tiga daripadanya kes import manakala kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 41,701.

Portal CovidNow menunjukkan, daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 40,034 atau 96.0 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 41 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 1,534 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Rabu ialah 2,541 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,667,111.

Pada masa sama, negara ini turut merekodkan 15 kematian baharu akibat wabak tersebut pada Rabu.

Daripada jumlah itu, empat kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here