Home Koronavirus 35,122 orang asli di Pahang terima vaksin dos pertama

35,122 orang asli di Pahang terima vaksin dos pertama

0
35,122 orang asli di Pahang terima vaksin dos pertama

KUANTAN – Seramai 35,122 daripada 52,362 penduduk orang asli yang layak divaksin di negeri ini telah menerima dos pertama manakala 21,558 telah lengkap kedua-dua dos setakat ini.

Seramai 17,240 penduduk atau 32.9 peratus lagi masih belum divaksin.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daerah Bentong mencatatkan peratusan tertinggi liputan vaksin dos pertama bagi orang asli dengan 87.8 peratus diikuti Raub, (86.6), Bera (80.5), Rompin (77),Temerloh (72.4), Kuantan (67.3), Cameron Highlands (65.6), Maran (64.5), Pekan (56.6), Jerantut (50.7) dan Lipis (47.2).

Menurutnya, peratus liputan vaksin mengikut daerah bagi dos kedua dengan Bentong sebanyak 61.9 peratus, Raub (61.9), Bera (60.2), Kuantan (56.3), Maran (53), Cameron Highlands (52.8), Jerantut (44.5), Rompin (43.1), Temerloh (36.9), Lipis ( 35.1) dan Pekan (14).

“Peratusan liputan vaksin itu hasil program vaksinasi secara ‘outreach’ untuk orang asli di negeri ini yang dilaksanakan sejak Jun 2021.

“Ia menunjukkan prestasi memberangsangkan dan menjadi batu loncatan kepada pemberian vaksin melibatkan keseluruhan masyarakat orang asli di negeri ini,” katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Ahad lalu, Wan Rosdy turun padang meninjau program vaksinasi secara ‘outreach’ kepada penduduk orang asli di Pos Lenjang, Lipis di mana 497 dos vaksin jenis CanSino telah diberikan kepada masyarakat orang asli di situ.

Program yang turut melibatkan masyarakat orang asli di Pos Titom berhampiran dijangka berakhir pada Rabu.

Sementara itu beliau berkata, seramai 953,928 penduduk atau 81.1 peratus daripada sasaran 1.175 juta penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas di negeri ini telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 686,205 atau 58.4 peratus penduduk telah lengkap kedua-dua dos sehingga Isnin.

Menurutnya, setakat ini, seramai 1.103 juta atau 83.7 peratus daripada sasaran penduduk dalam kalangan dewasa berumur 18 tahun ke atas di negeri ini telah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here