Home Koronavirus 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

0
33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 1,202,212 atau 33.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Isnin.

Berdasarkan data laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,733,437 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,353 atau 93.7 peratus telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,009,343 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 16,106,736 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,981,301 atau 97.7 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,258,115 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,904 dos harian diberikan semalam meliputi 176 dos pertama, 1,287 dos kedua dan 441 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,991,146.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 pada Isnin dengan masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here