Home Koronavirus 3,267 kes baharu Covid-19, 10 kematian

3,267 kes baharu Covid-19, 10 kematian

0
3,267 kes baharu Covid-19, 10 kematian
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 3,267 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dengan dua daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini meningkat kepada 36,514.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 34,829 dengan 33,103 atau 95 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,635 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 91 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 63 pesakit dilapor memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 4,026 menjadikan jumlah keseluruhannya dalam negara kepada 4,865,677 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here