Home Koronavirus 325 kes baharu Covid-19 pada Rabu

325 kes baharu Covid-19 pada Rabu

0
325 kes baharu Covid-19 pada Rabu

Malaysia merekodkan sebanyak 325 kes baharu Covid-19 pada Rabu. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 325 kes baharu Covid-19 pada Rabu, dua daripadanya adalah kes import.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini sebanyak 9,897.

Portal KKMNow melaporkan sebanyak 96.1 peratus atau 9,507 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan bahawa seramai 376 pesakit Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 14 pesakit lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah 113 menjadikan kumulatif pesakit sembuh kini seramai 4,990,079.

Tiada kematian terbaharu direkod menjadikan keseluruhan kes kematian kekal sebanyak 36,942.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here