Home Koronavirus 32 lagi kematian akibat Covid-19

32 lagi kematian akibat Covid-19

0
32 lagi kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 32 kes kematian baharu akibat Covid-19, termasuk 9 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) setakat tengah malam Rabu.

Berdasarkan, data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,192 orang daripada lebih empat juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Perak antara negeri tertinggi yang mencatatkan purata kematian setakat ini iaitu 34 kematian, diikuti Kedah (26) dan Negeri Sembilan (23).

Selain itu, sejumlah 162,216 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 158,343 atau 97.6 peratus individu kuarantin di rumah, manakala 373 atau 0.2 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 3,279 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 221 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 122 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 99 kes lagi memerlukan mesin ventilator.

Sejumlah 21,029 kes sembuh turut direkodkan pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here