Home Koronavirus 3,083 kes baharu Covid-19, 12 kematian

3,083 kes baharu Covid-19, 12 kematian

0
3,083 kes baharu Covid-19, 12 kematian
Sebanyak 3,083 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 3,083 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak 12 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan tiga daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,044 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 42,717 kes, dengan 41,042 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 35 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,578 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 62 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 35 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 27 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh direkodkan pada Rabu ialah 4,229 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,635,737 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here