Home Koronavirus 3.55 juta dos vaksin sudah diberi kepada penduduk Selangor

3.55 juta dos vaksin sudah diberi kepada penduduk Selangor

3.55 juta dos vaksin sudah diberi kepada penduduk Selangor

SHAH ALAM – Sebanyak 3.55 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di Selangor menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Isnin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 118,234 dos tambahan lagi menerusi Program Vaksin Selangor atau (SelVax).

“Sebanyak 890,000 atau 18.75 peratus individu di Selangor pula telah lengkap dua dos vaksin,” katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Isnin.

Menerusi info grafik di Facebook Amirudin turut menunjukkan seramai 2.66 juta atau 56.1 peratus rakyat di Selangor menerima vaksin dos pertama di negeri ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri melancarkan SelVax sebagai usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran iaitu SelVax Komuniti dan memelihara pekerja (SelVax industri).

SelVax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang belum divaksin manakala Selvax Industri merupakan program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran satu juta pekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here