Home Koronavirus 29 lagi pelajar SMKA Naim Lilbanat positif Covid-19

29 lagi pelajar SMKA Naim Lilbanat positif Covid-19

0
29 lagi pelajar SMKA Naim Lilbanat positif Covid-19

KOTA BHARU – Seramai 29 lagi pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat di sini dikesan positif Covid-19 pada Rabu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 73 berbanding 44 kes pada Selasa.

“Penularan jangkitan Kluster Embi Telipot itu membabitkan pelajar asrama sekolah di Kota Bharu dan yang tinggal di rumah keluarga di Jeli.

“Setakat ini jangkitan dikesan di dua daerah berkenaan dan JKNK berusaha untuk mengawal penularan dengan pelajar kini dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Putik, Pengkalan Chepa,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kluster itu tidak merebak ke kawasan lain.

“Pelajar yang positif dan bergejala juga diasingkan dengan bantuan pihak sekolah, manakala kontak rapat mereka diarah menjalani kuarantin di asrama sekolah.

“Pelajar berusia 13 hingga 18 tahun itu turut dinasihatkan supaya terus menjaga diri dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala,” katanya.

Sebelum ini, kluster yang membabitkan pelajar asrama sekolah itu dikesan pada Jumaat lalu dan seramai 256 orang kontak rapat dikenal pasti.

Susulan itu, proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka sekolah itu ditangguhkan bermula semalam sehingga 25 Januari depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here