Home Koronavirus 28,298 kes baharu jangkitan Covid-19

28,298 kes baharu jangkitan Covid-19

0
28,298 kes baharu jangkitan Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 28,298 kes baharu Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,900,433 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 27,600 kes tempatan dan 698 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 11,936 kes atau 42.18 peratus daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 16,148 kes atau 57.06 peratus pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 100 kes (0.35 peratus), kategori empat dengan 55 kes (0.20 peratus) dan bagi kategori lima sebanyak 59 kes (0.21 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 214 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 56 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“101 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. 57 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 119 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 82 kes lagi mempunyai komorbid dan dua melibatkan kes ibu mengandung.

Sementara itu, beliau berkata, enam kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 346.

“Sebanyak 374 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 147 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 227,” katanya.

Jelas beliau, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, 233 kes dilaporkan dengan 91 kes disahkan Covid-19 dan 142 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan 33,009 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 3,567,003 kes setakat ini.

Dalam masa sama, lapan negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Putrajaya mendahului 100 peratus; Kuala Lumpur (69 peratus); Kelantan (65 peratus); Perlis (64 peratus); Selangor (59 peratus); Johor (62 peratus); Melaka (53 peratus) dan Sarawak (51 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here