Home Koronavirus 28.3 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

28.3 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

0
28.3 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28.3 peratus atau 9,246,295 populasi negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Selasa, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,119,916 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Selasa sebanyak 25,366,211 dos.

“Mengikut peratusan, 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 39.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan pada Selasa dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here