KUALA LUMPUR – Kes harian positif Covid-19 negara kekal mencatatkan trend penurunan dengan 2,778 kes positif Covid-19 pada Ahad berbanding 3,160 kes pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,741,179 kes.
AKAN MENYUSUL
Pada 26 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,778 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,741,179 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 26, 2021