Home Koronavirus 2,754 kes baharu Covid-19, empat kematian

2,754 kes baharu Covid-19, empat kematian

0
2,754 kes baharu Covid-19, empat kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 2,754 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan lapan daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak empat kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,462 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 28,720 kes, dengan 27,503 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,170 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 47 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 30 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Khamis ialah 1,271 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,825,255 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here