Home Koronavirus 2,717 kes baharu Covid-19, 11 kematian

2,717 kes baharu Covid-19, 11 kematian

0
2,717 kes baharu Covid-19, 11 kematian
2,717 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan lima daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,717 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak 11 kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan dengan tiga daripadanya kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka baharu itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,166 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 35,551 kes, dengan 34,068 atau 95.8 peratus merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 31 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,384 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Seramai 68 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 41 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 4,856 kes sembuh direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara 4,690,835 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here