Home Koronavirus 27.5 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

27.5 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

0
27.5 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 976,336 atau 27.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat pada Rabu.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,580,723 kanak-kanak atau 44.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,900,460 atau 93.2 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,998,074 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,053,311 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,969,986 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,245,293 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 29,791 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 12,393 dos pertama, 14,168 dos kedua dan 3,230 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,510,766.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Johor, Kedah dan Pahang serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Perak. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here