Home Koronavirus 2,600 pelajar SMK Seksyen 19 terima suntikan vaksin Covid-19

2,600 pelajar SMK Seksyen 19 terima suntikan vaksin Covid-19

0
2,600 pelajar SMK Seksyen 19 terima suntikan vaksin Covid-19

SHAH ALAM – Hampir 2,600 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 di sini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Hashim Anang berkata, jumlah tersebut meliputi seramai 150 orang pelajar kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Beliau berkata, semua pelajar terlibat mendapatkan suntikan mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19 di sini.

“Semua pelajar di sekitar kawasan ini mendapatkan vaksin di PPV ini yang mula dibuka pada Isnin lalu bagi Program Imunisasi Covid-19 (PICK) Remaja,” katanya selepas bersama-sama Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkunjung ke PPV tersebut pada Jumaat.

Hashim berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan guru-guru yang bertungkus-lumus memastikan setiap pelajar menerima suntikan vaksin masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here