Home Koronavirus 2,564 orang asli di Pahang dijangkiti Covid-19

2,564 orang asli di Pahang dijangkiti Covid-19

0
2,564 orang asli di Pahang dijangkiti Covid-19

KUANTAN – Seramai 2,654 masyarakat orang asli di Pahang telah dijangkiti wabak Covid-19 dengan 21 kematian direkodkan setakat ini.

Pengarahnya, Johari Alwi berkata, daerah Temerloh merekodkan kes tertinggi jangkitan itu iaitu sebanyak 1,178 kes.

Menurutnya, jangkitan wabak Covid-19 di Temerloh berlaku di 10 buah kampung orang asli dengan empat kematian.

“Sehingga Rabu, sebanyak 55 kampung orang asli termasuk masing-masing di dua pos dan Rancangan Penempatan Semula (RPS) berlaku kes penularan Covid-19.

“Jadi, bagi membendung berlakunya jangkitan ini, kerajaan terpaksa bertindak menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa perkampungan orang asli di Bentong, Temerloh, Lipis dan Rompin.

“Pihak kita juga dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan kerajaan negeri sentiasa berusaha mengekang penularan wabak ini melalui pelbagai cara termasuk pemberian vaksin secara berterusan tanpa mengira kawasan penempatan masyarakat orang asli,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, seramai 27,483 individu telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 sejak Khamis.

Jelasnya, seramai 50,551 orang asli di Pahang yang layak menerima vaksin dan menunggu giliran untuk menerima suntikan.

Sehubungan itu, Johari berkata, pihaknya dengan kerjasama JKNP akan terus mempergiatkan usaha memberi vaksinasi kepada masyarakat orang asli terutama di kawasan pedalaman.

“Kita yakin dengan adanya dos tunggal Cansino dapat melancarkan lagi vaksinasi golongan terbabit dan seramai 1,191 orang asli telah menerima suntikan itu ada Program Outreach Vaksin Covid-19 vaksin dos tunggal Cansino di 13 kampung di Pos Lenjang, Pos Titom dan Pos Sinderut, Lipis baru-baru.

“Mereka adalah kumpulan pertama secara sukarela menerima vaksin berkenaan pada program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Sekolah Kebangsaan (SK) Lenjang,” ujarnya.

Katanya, bagi fasa pertama sebanyak 4,000 dos vaksin dos tunggal Cansino diberikan secara berperingkat kepada masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman negeri ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here