![2,521 kes baharu Covid-19, lapan kematian 2,521 kes baharu Covid-19, lapan kematian](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2022/11/1974376-SXgfgZ-768x576.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/11/08/1974376.jpg)
SHAH ALAM – Sebanyak 2,521 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan dua daripadanya merupakan kes import.
Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,929,972 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).
Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,495 kes.
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 34,534 kes, dengan 32,766 atau 94.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,695 pesakit ditempatkan di hospital dengan 73 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).