Home Koronavirus 2,491 kes baharu Covid-19, lima kematian

2,491 kes baharu Covid-19, lima kematian

0
2,491 kes baharu Covid-19, lima kematian
Malaysia mencatatkan 2,491 kes baharu Covid-19 pada Sabtu. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,491 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Sabtu menjadikan kes keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,774,003.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya merupakan kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian wabak tersebut di dalam negara kini sebanyak 35,819 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah 34,508 dengan 33,090 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 21 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,324 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 23 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 49 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 3,715 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,703,299 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here