Home Koronavirus 24,599 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

24,599 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

0
24,599 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

SHAH ALAM – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 1,640,843 selepas 24,599 kes baharu dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 6,936.

“Diikuti Negeri Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078) dan Sarawak (2,024),” katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Khamis.

Pada Rabu, sebanyak 22,642 kes positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya 1,616,244 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan 6,325 kes diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667)Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424) dan Perak (1,390).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here