KKM merekodkan sebanyak 241 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan satu daripadanya merupakan kes import. (Gambar hiasan) – Foto 123rf
SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 241 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan satu daripadanya merupakan kes import.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 5,001,957.
Menurut portal KKMNow tiada kematian akibat Covid-19 dan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia kekal kepada 36,954.
Terdapat sembilan kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.