Home Koronavirus 23,766 anggota polis, ahli keluarga dijangkiti Covid-19

23,766 anggota polis, ahli keluarga dijangkiti Covid-19

0
23,766 anggota polis, ahli keluarga dijangkiti Covid-19

MARANG – Seramai 23,766 anggota polis dan ahli keluarga mereka di seluruh negara dikesan positif Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara pada Mac 2020.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah yang direkodkan sehingga kini, seramai 1,794 kes melibatkan pegawai kanan polis, selain pegawai rendah polis (10,577 kes), pegawai awam (1,137 kes) serta ahli keluarga (10,258 kes).

Beliau berkata, jangkitan dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlaku ketika angka kes Covid-19 sedang memuncak di negara ini.

“Sebanyak 39 kematian akibat Covid-19 direkodkan melibatkan anggota polis. Empat daripadanya merupakan pegawai kanan polis, manakala 35 yang lain adalah pegawai rendah.

“Jumlah itu tidak termasuk tiga kematian membabitkan pegawai awam dan 118 ahli keluarga,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis penyerahan 26 unit Toyota Hilux GS Cargo kepada polis Kontinjen Terengganu di Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Wakaf Tapai di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.

Sementara itu, Mazlan berkata, semua anggota PDRM Kontinjen Terengganu sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 dengan tiada angka kematian direkodkan akibat pandemik itu setakat ini.

“Buat masa ini, seramai 76 anggota polis di Terengganu termasuk ahli keluarga mereka dikesan positif Covid-19 dan sedang dikuarantin,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here