Home Koronavirus 2,375 kes baharu Covid-19, tiga kematian

2,375 kes baharu Covid-19, tiga kematian

0
2,375 kes baharu Covid-19, tiga kematian
Gambar hiasan – Foto 123RF

SHAH ALAM – Sebanyak 2,375 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan 11 daripadanya merupakan kes import.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,813,702 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak tiga kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,299 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,205 kes, dengan 25,912 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai lapan pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,232 pesakit ditempatkan di hospital dengan 53 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here