Home Koronavirus 22,491 kes baharu Covid-19 dan 26,234 sembuh direkodkan

22,491 kes baharu Covid-19 dan 26,234 sembuh direkodkan

22,491 kes baharu Covid-19 dan 26,234 sembuh direkodkan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 22,491 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,054,926 kes.

“Daripada kes baharu itu, sebanyak 382 kes import dengan 364 melibatkan warganegara dan 18 bukan warganegara.

“Bagi kes tempatan pula, sebanyak 22,109 kes iaitu 21,243 warganegara dan 866 bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 332 kes iaitu 141 kes disahkan Covid-19, 191 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Sementara itu katanya, negara merekodkan sebanyak 26,234 kes sembuh yang menjadikan jumlah kumulatif 3,771,463.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula 189 kes iaitu 84 kes disahkan Covid-19 dengan 105 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” ujarnya.

Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah kes harian itu kategori satu ialah 10,601 kes, kategori dua (11,725 kes), kategori tiga (71), kategori empat (44) dan kategori lima (50).

Menurutnya, daripada 165 kes kategori tiga, empat, dan lima yang baharu dilaporkan semalam ialah 43 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“Manakala 71 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak dan 99 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 98 kes mempunyai komorbid dan dua kes ibu mengandung,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here