Home Koronavirus 2,225 kes baharu Covid-19, lima kematian

2,225 kes baharu Covid-19, lima kematian

0
2,225 kes baharu Covid-19, lima kematian
Malaysia merekodkan 2,225 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

SHAH ALAM – Sebanyak 2,225 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW Covid-19, sebanyak lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,415 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 23,557 kes dengan 22,547 atau 95.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 976 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 21 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 1,473 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,803,485 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here