Home Koronavirus 22,242 kes baharu Covid-19, tertinggi sejak pandemik

22,242 kes baharu Covid-19, tertinggi sejak pandemik

22,242 kes baharu Covid-19, tertinggi sejak pandemik

PUTRAJAYA – Angka baharu kes positif Covid-19 terus melonjak kepada 22,242 sekaligus merekodkan jangkitan tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Selain Selangor yang kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,858, terdapat lapan negeri melaporkan kes melebihi 1,000 termasuk Sabah (2,413).

Negeri tersebut adalah Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351) dan Perak (1,036).

Pahang pula merekodkan 675 kes, Melaka (579), Terengganu (487), Perlis (50), Putrajaya (25) dan Labuan (lima).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,466,512 kes.

AKAN MENYUSUL

Sehingga 18 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 22,242 kes (1,466,512 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 6,858 (530,971)

WPKL – 1,587 (159,211)

Johor – 1,477 (115,141)

Sabah – 2,413 (111,346)

Sarawak – 1,403 (90,810)

Negeri Sembilan – 577 (86,279)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 18, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here