PUTRAJAYA – Bilangan harian kes Covid-19 merekodkan angka 22,070 kes apabila individu dilaporkan positif dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,662,913 kes pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter miliknya memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu dengan 5,920 jangkitan manakala Kuala Lumpur 1,068 kes.
“Johor merekodkan 1,809 kes manakala Sabah (3,010), Negeri Sembilan (338), Kedah (2,072), Perak (939), Johor ( 1,809) dan Pahang (610).
“Pulau Pinang pula merekodkan 1,829 kes, Melaka 589, Sarawak 2,224, Kelantan (1,051), Terengganu (488), Labuan (8), Putrajaya (39) dan Perlis (76),” katanya.
AKAN MENYUSUL