Home Koronavirus 22 kluster masih aktif, tiga lagi diisytihar tamat di Sabah

22 kluster masih aktif, tiga lagi diisytihar tamat di Sabah

0
22 kluster masih aktif, tiga lagi diisytihar tamat di Sabah

KOTA KINABALU – Tiga lagi kluster Covid-19 diisytiharkan tamat di Sabah pada Selasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, kluster yang diisytiharkan tamat itu ialah Kluster Jalan Bypass Kologon di Ranau; Kluster Simpangan (Beluran); dan Kluster Bukit Garam (Kinabatangan).

“Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 22,” kata jurucakap Covid-19 Sabah itu dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, sebanyak 591 kes positif baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah meningkat kepada 361,076 kes.

“Peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, hampir 63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes harian,” katanya.

Masidi berkata seramai 1,391 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh 332,595 orang, manakala 809 pesakit masih menerima rawatan.

Beliau berkata, terdapat lima kes kematian dilaporkan di Sabah pada Selasa masing-masing satu kes di Kota Belud, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Tenom dan Beaufort. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here