Home Koronavirus 22 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

22 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

0
22 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

KUCHING – Hanya 22 daripada 1,009 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Jumaat melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan baki 987 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 229,745.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 267 kes diikuti Miri (192), Sibu (105) dan Daro (61),” kata kenyataan itu.

Selain itu 12 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 5 hingga 13 Oktober manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 60. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here