Home Koronavirus 22 kematian akibat Covid-19

22 kematian akibat Covid-19

0
22 kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 22 kematian akibat Covid-19 pada Khamis.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 31,853 orang.

Menurut data KKM itu, sebanyak lima kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu tujuh diikuti Perak dengan dengan tiga Perak manakala Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah serta Johor membabitkan dua kematian.

Pahang, Kelantan, Kedah dan Sarawak pula masing-masing mencatatkan satu kematian.

Sebanyak 41,617 kes aktif juga dilaporkan pada Khamis dengan 34,722 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 4,048 pesakit menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan seramai 2,687 pesakit lagi dirawat di hospital.

Sebanyak 88 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 77 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here