Home Koronavirus 2,153 kes baharu Covid-19, empat kematian direkodkan

2,153 kes baharu Covid-19, empat kematian direkodkan

0
2,153 kes baharu Covid-19, empat kematian direkodkan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,153 kes baharu Covid-19 harian dilaporkan pada Ahad, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,458,889.

Menurut Laman CovidNow, kes aktif kini berjumlah 22,556, turun 66.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sebanyak empat lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan pada Ahad, di mana tiga daripadanya diisytiharkan sebagai ‘brought in dead’ (BID).

Sementara itu, sebanyak 929,427 atau 26.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat Ahad.

Dalam pada itu, 1,553,175 atau 43.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,981 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi golongan dewasa, sejumlah 16,043,079 atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,968,088 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos serta 23,244,086 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here