Home Koronavirus 2,136 kes baharu Covid-19, enam kematian

2,136 kes baharu Covid-19, enam kematian

0
2,136 kes baharu Covid-19, enam kematian
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,136 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,887,675 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak enam kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan tiga kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,458 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,233 kes, dengan 26,060 atau 95.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,125 pesakit ditempatkan di hospital dengan 48 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here