Home Koronavirus 20,889 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

20,889 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

0
20,889 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Bilangan kes Covid-19 terus merekodkan angka tertinggi selepas 20,889 individu dilapor positif pada Jumaat.

Ini menjadikan negara mencatatkan peningkatan tertinggi selama tiga hari berturut-turut sejak Rabu.

Lebih 11,000 dikesan di Lembah Klang dengan Selangor merekodkan 8,792 dan Kuala Lumpur, 2,483 kes.

Kedah (1,371), Sabah (1,291), Johor (1,275), Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460), Putrajaya (122), Labuan (sembilan) dan Perlis (sembilan).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 1,224,595.

Pada Rabu, kes harian dilaporkan adalah 19,819 kes manakala Khamis, 20,558 kes.

Sehingga 6 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,889 kes (1,224,595 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 8,792 (451,366)

WPKL – 2,483 (136,071)

Johor – 1,275 (97,962)

Sabah – 1,291 (91,201)

Sarawak – 652 (80,174)

Negeri Sembilan – 986 (76,753)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 6, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here