Home Koronavirus 20,596 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

20,596 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

20,596 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 melepasi 20,000 pada Khamis dengan 20,596 kes dilaporkan.

Ia sekaligus menjadikan negara merekodkan jumlah yang tertinggi selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 1,203,706 kes.

Menurut beliau, terdapat peningkatan kes berlaku di beberapa negeri selain Selangor masih kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 8,549 dan diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,163.

“Antara negeri yang merekodkan kes melebihi 1,000 adalah Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022).

“Negeri Sembilan’ (989), Perak (916), Kelantan (772), Melaka (622), Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50), Labuan (15) dan Perlis (empat),” katanya.

Pada 15 Julai lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meramalkan kes harian positif Covid-19 mencapai sehingga 24,000 sehari pada pertengahan September depan berdasarkan unjuran pihaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here