PUTRAJAYA – Seramai 204 petugas pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes positif Covid-19 itu dikenal pasti selepas ujian saringan beramai-ramai dilakukan terhadap kesemua 453 petugas.
“Satu ujian saringan covid-19 beramai-ramai dibuat sebaik sahaja terdapat dua sukarelawan positif,” katanya dalam sidang akhbar secara maya pada Selasa.
AKAN MENYUSUL