Home Koronavirus 2,033 kes baharu Covid-19, lima kematian dilaporkan

2,033 kes baharu Covid-19, lima kematian dilaporkan

0
2,033 kes baharu Covid-19, lima kematian dilaporkan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,033 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan wabak tersebut adalah 4,534,665 kes.

Menurut portal CovidNow, daripada jumlah tersebut, kes aktif adalah sebanyak 24,577 kes.

Menurut portal itu, sebanyak 23,573 kes atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 13 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 959 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan seramai 32 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Rabu ialah 1,337 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,474,358 kes.

Pada masa yang sama, Malaysia turut merekodkan lima kematian baharu akibat wabak tersebut pada Khamis.

Daripada jumlah itu, tiga kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here