Home Koronavirus 1,946 kes baharu Covid-19, lapan kematian

1,946 kes baharu Covid-19, lapan kematian

0
1,946 kes baharu Covid-19, lapan kematian
Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19. – Foto 123rf

SHAH ALAM – Kes Covid-19 direkodkan sebanyak 1,946 pada Isnin menjadikan keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,778,140.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dengan tiada daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead mencatatkan kumulatifnya kini sebanyak 36,206.

Sementara itu, kes aktif Covid -19 pula kini berjumlah sebanyak 31,568 dengan 30,163 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 18 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 1,312 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 75 daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala kes sembuh dicatatkan 3,271.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here