Home Koronavirus 190 kes baharu, Pahang kini rekod 9,767 kes Covid-19

190 kes baharu, Pahang kini rekod 9,767 kes Covid-19

0
190 kes baharu, Pahang kini rekod 9,767 kes Covid-19

KUANTAN – Pahang merekodkan 190 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 sebanyak 9,767 pada Selasa.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, terdapat dua kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 64 kes.

Menurutnya, daripada 190 kes baru yang didaftarkan petang Selasa, sebanyak 182 kes merupakan warga tempatan manakala lapan kes merupakan warganegara asing.

“Berdasarkan pecahan 182 kes, empat daripadanya adalah jangkitan daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor, empat lagi dari kalangan Orang Kena Tahan (OKT).

“Sebanyak 61 kes diperoleh daripada saringan kluster, 113 saringan kontak rapat, sembilan saringan bergejala, empat saringan OKT, dua saringan kendiri dan satu saringan pra-kemasukan wad,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Bahari berkata, setakat ini daerah Kuantan merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 85 kes diikuti Jerantut (42 kes), Bentong (29 kes), Temerloh (8 kes), Maran (8 kes), Raub (6 kes), Pekan (6 kes), dan Bera sebanyak lima kes.

Katanya, bagaimanapun tiada kes dilaporkan di Lipis dan Cameron Highlands.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan terdapat 18 kluster aktif di Pahang dengan 10 kluster mencatatkan kes baharu.

“Kluster merekodkan kes baharu ialah Kluster Jalan Syawal, Jerantut (tambahan 39 kes dengan jumlah keseluruhan 66 kes), Kluster Jalan Bypass, Kuantan (tambahan satu kes dengan jumlah keseluruhan 23 kes) dan Kluster Kampung Baru, Bentong (tambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 34 kes).

“Seterusnya kluster Kampung Gau; Temerloh Kluster Industri Jalan Karak, Bentong, Kluster Industri Indera Mahkota 14, Kluster Sungai Isap Perdana, Kuantan, Kluster Jalan Dara, Maran, Kluster Delima Raya, Bentong dan Kluster Sri Tanjung, Bentong,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here