Home Koronavirus 19 peniaga positif Covid-19, Pasar Pulau Tikus ditutup

19 peniaga positif Covid-19, Pasar Pulau Tikus ditutup

0
19 peniaga positif Covid-19, Pasar Pulau Tikus ditutup

GEORGETOWN – Pasar Pulau Tikus dan Tapak Penjaja Sementara (TPS) di hadapannya ditutup serta-merta selepas 19 peniaga disahkan positif Covid-19.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, arahan penutupan itu melibatkan 113 gerai di Pasar Pulau Tikus manakala 34 gerai TPS.

Menurut kenyataan itu, penutupan tapak perniagaan itu bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dan sanitasi.

“Penutupan dua tapak berkenaan berkuatkuasa hari ini (Isnin) hingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

“MBPP berharap semua peniaga mematuhi arahan penutupan sementara ini,” kata MBPP.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan berkenaan turut memberi amaran untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang melanggar arahan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan termasuk penutupan premis dan pembatalan lesen.

Selain itu, orang ramai dinasihati mematuhi SOP mengelakkan diri daripada jangkitan Covid-19 terutamanya melalui komuniti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here