Home Koronavirus 19 kematian akibat Covid-19

19 kematian akibat Covid-19

19 kematian akibat Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 19 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tengah malam tadi.

Menerusi laman sesawang CovidNow yang dikemas kini pada jam 11.04 malam Ahad, KKM melaporkan empat daripadanya merupakan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu lima kes diikuti Terengganu (empat), Johor (tiga) dan Sabah (dua).

Masing-masing satu kes kematian dicatatkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Jumlah kumulatif kes kematian adalah 31,532 yang mana 25,170 daripadanya merupakan kematian di hospital manakala BID, 6,362 kes.

Sebanyak 40,606 kes aktif di seluruh negara turut direkodkan dengan sebahagian besar daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 33,393 kes atau 82.2 peratus.

Seramai 3,460 pesakit Covid-19 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 3,469 kes pula ditempatkan di hospital.

Seramai 128 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 156 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Pada perkembangan sama, seramai 6,329,155 individu telah menerima suntikan dos penggalak setakat Ahad.

25,616,109 individu pula telah lengkap vaksinasi mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here