Home Koronavirus 186 kes baharu Covid-19, satu kematian

186 kes baharu Covid-19, satu kematian

0
186 kes baharu Covid-19, satu kematian

KKM merekodkan 186 kes baharu Covid-19 pada Ahad. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 186 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah kematian dalam negara berjumlah 36,956 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 9,333 kes dengan 9,000 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 326 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di hospital.

Sejumlah tujuh pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pula sebanyak 158 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,994,718 kes.