Home Koronavirus 1,847 kes baharu Covid-19, lima kematian

1,847 kes baharu Covid-19, lima kematian

0
1,847 kes baharu Covid-19, lima kematian
Malaysia merekodkan 1,847 kes baharu Covid-19 pada Isnin. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 1,847 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,806,954 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,285 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 26,033 kes, dengan 24,752 atau 95.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 10 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,204 pesakit ditempatkan di hospital dengan 22 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here